Terma Dan Syarat Permohonan Secara Dalam Talian Sistem MyJanjiTemu JBG
  1. Permohonan janji temu melalui Sistem ini adalah berdasarkan konsep first come first serve. Sekiranya tarikh dan slot masa yang ingin dipilih telah penuh, pemohon perlu membuat pilihan slot yang lain.

  2. Permohonan janji temu boleh dibuat selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh janji temu yang ingin dipohon dan adalah tertakluk kepada kekosongan.

  3. Pemohon hendaklah memilih tarikh dan slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu pengoperasian kaunter bagi sesetengah Pejabat Jabatan Bantuan Guaman. Permohonan yang dipilih pada tarikh cuti kelepasan am negeri akan dibatalkan dan pemohon akan dimaklumkan melalui telefon oleh JBG Negeri / Cawangan.

  4. Pemohon perlu menyediakan wang tunai sebanyak RM 10.00 bagi setiap permohonan khidmat nasihat guaman untuk setiap isu undang-undang yang akan dirujuk semasa menghadiri janji temu.

  5. Pemohon perlu berada di pejabat JBG sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu janji temu. Pihak JBG berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya pemohon tiba lewat dari masa yang dipohon.

  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap bagi tujuan rujukan dan penelitian semasa janji temu. Sila rujuk Portal JBG untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan yang diperlukan semasa janji temu.

  7. Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam atau batuk, pemohon adalah dikehendaki untuk memakai pelitup muka semasa hadir pada tarikh janji temu, atau digalakkan untuk membuat tempahan janji temu semula.

  8. Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JBG adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan dan arahan yang berkuat kuasa.